SESI MOCK UP PELAKSANAAN BANCI LALULINTAS KEBANGSAAN (BLK) 2021-2022

1402

Pada tahun 2021, Syarikat Worldwide Ultimate Solution Sdn. Bhd. (WUS) telah dilantik bagi melaksanakan Perkhidmatan Pengumpulan Data Trafik Secara Automatik bagi Program Banci Lalulintas Kebangsaan (BLK) bagi tahun 2021-2022. Tempoh kontrak bagi projek ini adalah selama 21 bulan bermula pada 6 April 2021 yang lalu. Teknologi bancian automatik yang diperkenalkan oleh Syarikat WUS bagi pengumpulan data trafik adalah kamera video dengan kaedah pemprosesan pusat menggunakan perisian Artificial Intelligence (A.I). Kelebihan penggunaan kaedah pemprosesan pusat adalah kerja-kerja tentu ukur peralatan di stesen banci dapat dilaksanakan di ibu pejabat kontraktor bagi mendapatkan data trafik yang memuaskan. Untuk tujuan semakan dan pembuktian data, kiraan manual turut dilaksanakan berpandukan video yang dirakam semasa proses cerapan data di lapangan.